KUALA TERENGGANU: Kerajaan melaksanakan pelbagai strategi jangka pendek dan panjang untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan B40, dalam berdepan kesan inflasi makanan.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid, inflasi makanan ketika ini adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.
Beliau berkata, inisiatif dilaksanakan KPDNHEP dalam mendepani cabaran inflasi makanan turut membabitkan kerjasama rentas kementerian terutama dalam memastikan kestabilan bekalan makanan negara.
"Kita sedang fikir dan berbincang dengan MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) untuk pastikan keberadaan barang.
"Dan juga, untuk pastikan tidak ada mereka yang kebuluran akibat kenaikan harga barang, peningkatan harga makanan dan sebagainya.
"Kita amat peka dengan hal tersebut dan kita berhubung rapat dengan MAFI kerana barangan ini kebanyakannya di bawah MAFI.
"Cuma kita pastikan barang itu ada, dan harganya mampu dimiliki, itu tugas kita," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Jelas Rosol, kesemua usaha yang dilakukan KPDNHEP adalah bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya terutama kelompok B40 yang terkesan dengan kenaikan harga barang.
Beliau berkata, kementeriannya juga giat memastikan pematuhan peniaga terhadap penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata, sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.
Astro Awani
Fri May 27 2022
ROSOL: Kita akan pastikan tidak ada mereka yang kebuluran akibat kenaikan harga barang, peningkatan harga makanan dan sebagainya. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Inflasi makanan boleh dedahkan kanak-kanak kepada obesiti
Melihat kumpulan B40 sebagai paling terkesan, peningkatan harga makanan mungkin mendorong keluarga berjimat cermat dan mengorbankan kualiti.
Harga siling baharu ayam, telur bantu kekang kenaikan ketara inflasi makanan - MIDF Research
Inflasi makanan tersebut telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.
Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
Menurut firma itu, inflasi makanan ketika ini sudah pun mencecah paras tertinggi berdasarkan data IHP pada Mei 2022.
Kesan inflasi makanan yang tinggi gusarkan usahawan PMKS
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan.
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi makanan: Kerajaan laksana pelbagai strategi ringankan beban rakyat
Inflasi makanan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.
Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.
Harga makanan di kedai, restoran makin mahal! Apa pilihan anda?
Menurut DOSM, sate dan nasi berlauk mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu 7.1 peratus.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.